Friday 27 April 2012

Aduyaii lesung pipit

Aku dah gila tengok lesung pipit sekarang nie haa . Jealous sangat dengan orang yang ada lesung pipit . Comel sangat especially time dorang senyum . Aku just cakap comel okay , bukan maknanya aku akan tersangkut dengan mana mana lelaki yang ada lesung pipit . Iyee please take note :) Meyh kita tengok gambar mereka yang ada lesung pipit nie . Comel ke tidak , anda yang tentukan . hikhik :3

 Awww Choi Si Won ada lesung pipit laa . Comel kan kan ? * cair seketika * HAHA :D




 Haa nie versi perempuan pulak . Preity Zinta nie pun sangat comel . Suka sangat tengok muka dia <3






 Haa yang ini BUKAN ARTIS yeee . Budak poyo nie adalah adik aku . Dia pun ada lesung pipit sebenarnya , tapi dalam gambar nie macam tk jelas je kan . Hampehhh -.-' Dalam 4 beradik , 2 orang ada lesung pipit and 2 orang lagi tkde lesung pipit . Adil dan saksama kan ? *err motif macam polis* Choiiiii :p 

Ada orang cakap mereka yang ada lesung pipit nie tk cukup hormon masa lahir . Opss aku tk berani la nak komen apa apa sebab aku sendiri pun tk tahu kebenarannya . Tapi apa apa pun korang yang ada lesung pipit COMEL ;)

Walaupun aku tk ada lesung pipit , terima jela . Bersyukurlah dengan kurniaan Allah SWT ke atas diri kita . Kalau kita tidak cantik di mata orang lain kita tetap cantik di mataNya . Ingat tu kawan kawan :)

Okay bye bye :)


 

27 APRIL 2012

Dari malam semalam hati nie dup dap dup dap menunggu hari ini tiba . Fuhh cuak beb nak tengok result . Al maklumlah aku nie pemalas sikit bab nak study nie . Dah jadi kebiasaan aku study last minute . Mungkin cara study macam tu kena dengan diri aku kot . Senang nak ingat kalau aku dalam keadaan stress . Haha :D So pagi tadi aku bangun pagi , check phone ada text daripada Atyn . Aduyaiii mek tu suruh aku check result la derr . Memandangkan masa tu belum pukul 9 pagi lagi so aku check result aku dekat email jela . Kan senang :) Dapat je log in yahoo memang dah nervous , aku takut repeat HTH130 . Tapi syukur ke hadrat Illahi aku lulus untuk kesemua subjek yang aku ambil sem nie . Pointer pun makin meningkat . Ecehhh sikit je lagi bole dapat DL :/ Sedih jugak la tapi nak buat macam mana , benda dah jadi . Padan muka kau jugak la Nana . Siapa suruh study main main kan . Ehehehe :D Tkpe , next sem kita study betul betul . Sem depan ada account and I HATE IT :p Kepada anda yang dapat gred bagus untuk account bersedialah untuk menjadi tutor saya kay . HAHAHA :D

Thursday 5 April 2012

wanna cry

Awak , kalau awak baca blog nie . Tolonglah faham kesedihan saya . Bukan saya saja tapi kawan kawan awak yang lain . Fikir masak masak tentang keputusan awak nak quit tu . Parents awak pun tentu dah laburkan banyak duit semata-mata nak tengok awak masuk universiti kan ? Lagipun kalau awak pergi , siapa nak jaga saya dekat sana :'(
PLEASE STAY , DON'T GO . I'm begging youuu :/

 

Tuesday 3 April 2012

Sama ke ?

Sejak kebelakangan nie , aku jumpa ramai orang yang mengatakan muka aku nie seiras dengan Nikita Willy . Haa !?? Tk kenal ? Nanti aku tunjukkan wajah dia . Tapi bagi aku la kan AKU TK NAMPAK YANG AKU NIE SERUPA DENGAN DIA PUN -.-


Haa inilah dia Nikita Willy . Cute kan ? :) Okay fine , aku still tk nampak persamaan aku dengan dia . Korang ada nampak tk ?? But menurut kawan lelaki aku la , dia kata persamaan ktorg adalah di hidung ( hidung sama mancung ) then senyuman ktorg . Dia kata senyuman ktorg sama comel just dia comel dalam versi kurus and aku dalam versi chubby >.<

Err apa apa jela kan . Aku cerita pulak pasal nie dekat mak aku then mak aku cakap memang ada persamaan sebab setiap kali mak tengok Nikita , mak TERINGAT dekat aku yang berada jauh di Dungun sana . Haishh aku ingatkan kawan kawan aku je yang berpendapat macam tu . Rupanya mak aku pun sama , and mak aku iyekan pulak pendapat kawan aku pasal persamaan wajah ktorg tu . Huh tk suka :(

Untunglah muka macam artis kan ? Duhhh . Kat UiTM pun ada orang panggil aku artis . Rasa tk cukup layak lagi nak jadi artis okay . Tolonglah stop panggil aku dengan panggilan macam tuu . And satu lagi panggilan yang tk bole bla adalah BABY FACE , itu classmate aku yang bagi panggilan tuu . Dia seorang lelaki lahh . Everytime dia jumpa aku , dia akan buat gaya macam nak layan seorang BAYI . Choiiii motif nak buat macam tu ? Aku dah besar la just muka macam budak budak je lagi >.< Tapi apa apa pun he's a nice guy . Selalu tolong aku kalau aku ada masalah . Yeah friend , aku sayang kau :)

Malas nak mengarut da . KAY BYEEE :)

Monday 2 April 2012

Be Mine

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu


You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh


Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang


Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me

Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you


Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever

Please be mine forever

Tuesday 27 March 2012

Honest from my heart


Since the day we first met ,
I knew it was love ,
God answered my prayers ,
you came down from above .

You gave me your heart ,
and taught me to trust ,
for the first time ever ,
it was more than just lust .

Your sweet loving words ,
are not to be compared ,
I am forever your partner ,
my soul I have bared .

Every day I wake up ,
with a smile a mile long ,
I know that we are solid ,
I know that we are strong .

So never put into question ,
my feelings being true ,
because I have found my one and only ,
And I will always love you .



Friday 23 March 2012

Let It Go Girl

Kalau korang nak tau , aku nie ada satu perangai buruk iaitu
KUAT MENANGIS !!!

Perasaan aku memang sensitif , kadang kadang aku sendiri tk dapat nak control . Mak , abah , anak sulung anda nie still tk kuat nak berjauhan dan hidup berdikari tanpa anda berdua di sisi :'(


Ya Allah , kuatkan la hati hamba-Mu ini . Macam mana la aku nak kuatkan hati aku nie ? Bagi jadi brutal sikit ke . Dah sah budak manja nie haa -.- Abang aku pun bole cakap macam tu . Haishhhh .

So tadi aku try la google kan *al-maklumlah maklumat di hujung jari* . Aku google pasal kebaikan menangis . Then ternyata di sebalik perangai buruk aku nie aku kebaikannya jugak laaa . But keeps on crying membuatkan mata anda akan bengkak seperti panda okay . So aku nasihatkan kat korang supaya cekalkan hati , jangan menangis * cehh nasihat orang je pandai * puiiiii :p

Berdasarkan pencarian aku , kesemuanya ada 7 kebaikan air mata yang menangis .
Jeng jeng jengggggg~
Let Check It Out !


1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.


* So , lepas nie fikir fikirkan la sama ada ingin menangis ataupun tidak eh :)